‘Penyeri’ atau Tanda Kanser

Dr Tan Leng Leng sign of cancer
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

STATUS dimuat naik pelajar institusi pengajian swasta, Adilah Ayeisha Qisteena Zaidi, 19, menegur individu yang menyamakan tahi lalat miliknya dengan bebola ubi dalam ‘bubble tea’ tular sehingga menerima maklum balas dengan 274 komen, 14,600 ‘retweet’ dan 10,500 tanda ‘suka’ daripada netizen dalam laporan Harian Metro, Isnin lalu.

Meskipun kehadiran tahi lalat dilihat sebagai penyeri wajah, namun segelintir individu menganggap kehadiran tahi lalat satu perkara yang tidak menyenangkan.

Apabila masalah itu dirujuk dari segi hukumnya sama ada boleh dibuang ataupun tidak, ulama tersohor Arab Saudi Imam Ibnu Utsaimin pernah menjawab persoalan berkenaan.

Menurut beliau, tidak menjadi masalah menghilangkan tahi lalat itu jika jumlahnya yang banyak sehingga memburukkan wajah individu berkenaan lalu menyebabkan orang sekelilingnya menghindari atau tidak mahu melihatnya.

 

Namun, andai membuang tahi lalat bagi tujuan kecantikan, maka ia adalah haram. Jika untuk menghilangkan aib, maka hukumnya adalah harus.

Menyentuh mengenai peranan tahi lalat, sebenarnya dalam bidang forensik melihat ia sebagai tanda tubuh apabila membuat pengecaman individu seperti parut mahupun tanda lahir.

Thomson Hospital Kota Damansara Pakar Perunding Kulit Dr Tan Leng Leng pula menerangkan tahi lalat berasal daripada sel pada pigmen kulit yang dipanggil melanosit.

“Sel pigmen kulit dipanggil melanosit ini biasanya menyebabkan warna hitam. Sel-sel ini akan berkumpul seolah-olah ber’sarang’ dan menjadi tahi lalat. Tahi lalat ini boleh berada di mana-mana bahagian tubuh termasuklah di kuku dan mukosa.

“Tahi lalat ini boleh tumbuh sejak lahir (kongenital) atau muncul kemudian. Uniknya tahi lalat pada setiap individu tidak sama, tidak semestinya berwarna hitam atau datang dalam saiz sekata.

“Tahi lalat pada tubuh individu terdapat pelbagai ciri berbeza daripada segi jenis bentuk seperti mendatar (flat) atau timbul, warna dan ada kalanya sesetengah tahi lalat mempunyai karakter unik seperti terdapat bentuk bingkai bulatan cincin berwarna putih di sekeliling titik hitam utama.

“Ada yang nampak normal dan ada juga kelihatan ganjil. Bagi rupa yang tidak normal atau ganjil ini biasanya saya akan sarankan mereka ini menjalani saringan,” katanya.

 

LAPISAN sel kulit terjejas atau berisiko dibuang dalam pembedahan mikrografik Mohs.

 

LAPISAN sel kulit terjejas atau berisiko dibuang dalam pembedahan mikrografik Mohs.

Tambah Dr Tan lagi, bagi kes tahi lalat tidak normal ini biasanya dikaitkan dengan gejala kanser kulit.

“Sebenarnya pada individu berkulit cerah, mereka lebih cenderung memiliki lebih banyak tahi lalat berbanding individu berkulit gelap kerana aktiviti pigmentasi kulit lebih mudah berlaku. Malah sel kulit melanin mereka lebih nipis dan sensitif.

“Tahi lalat muncul pada tubuh ada pelbagai warna, sama ada hitam biru, perang dan hijau mengikut genetik dan latar belakang individu itu.

“Tetapi andai tahi lalat itu memiliki ciri luar biasa seperti membesar sehingga lebih lima milimeter, warna bertukar atau tidak sekata serta berdarah, saya sarankan supaya tanda tubuh itu dibuang.

“Ini kerana kebanyakan kes tahi lalat yang tidak normal sering dikaitkan dengan kanser. Orang awam perlu peka dengan perubahan terhadap tanda pada tubuh mereka kerana semua tahi lalat berisiko berubah menjadi kanser kulit.

“Biasanya tahi lalat ini akan dibuang dalam pembedahan dan kemudian pemeriksaan histologi akan dijalankan ke atas tahi lalat berkenaan menerusi tisu diambil,” katanya.

 

PENGESANAN atau pemeriksaan tahi lalat penting bagi mencegah penyakit kanser kulit.

 

PENGESANAN atau pemeriksaan tahi lalat penting bagi mencegah penyakit kanser kulit.

Tanda-tanda perubahan tahi lalat

• Bertukar warna dan tidak seragam

• Membesar

• Berdarah

Tahi lalat berisiko tinggi mempunyai tanda berikut

• Saiznya melebihi lima milimeter

• Bentuk tidak seragam

• Tepi sempadan tidak teratur

• Mempunyai beberapa warna seperti hitam, coklat, biru

• Berubah saiz atau warna seperti semakin hitam

 

TAHI lalat berdarah berisiko berubah menjadi kanser kulit.

 

TAHI lalat berdarah berisiko berubah menjadi kanser kulit.

Dr Tan menambah, ketika ini terdapat dua prosedur pembedahan pesakit yang memiliki tahi lalat tidak normal iaitu pembedahan standard dan terbaharu ialah kaedah pembedahan mikrografik Mohs.

Pembedahan kulit biasa dijalankan untuk membuang tahi lalat sehingga jauh ke dalam kulit. Kaedah biasa ini bermula dengan suntikan ubat tahan sakit dan potongan dibuat sehingga ke dalam lapisan kulit bagi memastikan semua sel itu dibuang.

“Kaedah ini biasanya akan meninggalkan parut dan perlukan tempoh minggu untuk sembuh. Namun perlu diketahui tempoh sembuh juga bergantung kepada saiz tahi lalat dibuang dan samada terdapat komplikasi.

“Manakala kaedah pembedahan mikrografik Mohs baru saja diperkenalkan kepada pesakit bermula tahun ini. Ia dilihat memberi kesan penyembuhan lebih efektif selain mengurangkan masalah parut komplikasi pembedahan,” katanya.

 

PEMBEDAHAN mikrografik Mohs diperkenalkan untuk membuang sel kanser pada kulit.

 

PEMBEDAHAN mikrografik Mohs diperkenalkan untuk membuang sel kanser pada kulit.

Membandingkan perbezaan prosedur antara pembedahan terbabit dengan prosedur kosmetik, kata Dr Tan, pembedahan laser hanya mengurangkan kesan hitam. Manakala penggunaan krim tertentu tidak menghilangkan tahi lalat sebaliknya hanya merawat masalah itu pada permukaan.

“Ketika ini tiada lagi ubat membuang tahi lalat. Jadi ada kemungkinan ia tumbuh. Selalunya bentuk tahi lalat akan jadi tidak sekata dan tampak lebih hodoh.

“Bagi kes tahi lalat yang mempunyai kaitan dengan sel kanser, dinasihatkan terus memantau pertumbuhan tahi lalat selain melakukan pemeriksaan susulan berkala bagi mencegah risiko menghidap kanser kulit,” katanya.

 

This article was originally published by MyMetro at https://www.bernama.com/en/features/news.php?id=1825080

 Dr Tan Leng Leng

Dr Tan Leng Leng

Consultant Dermatologist & Physician

Dr Gary Lee Chin Keong

Dr Gary Lee Chin Keong

Consultant Cardiologist & Electrophysiologist